Pakej Homestay dan Kereta Sewa Iriz 1.3 A Murah di Melaka

Kereta Sewa Iriz

Fuad Car Rental menawarkan perkhidmatan Kereta Sewa Proton Saga FLX 1.3 Automatik murah di Melaka, Bandar Hilir dan Ayer Keroh untuk jangka masa singkat mahupun panjang. Kepada mereka yang inginkan perkhidmatan kereta sewa murah kami usah khuatir kerana kereta sewa kami murah, bersih, dan sentiasa dalam keadaan baik. Hubungi kami bila-bila masa, dimana-mana jua di talian 017-3169879 (Fuad) atau 017-9527363 (Muhalith), untuk tempahan atau maklumat lanjut.


Tempoh Sewaan  Kadar sewa
Kadar Sehari Pakej Homestay dan Kereta Sewa
Kereta Proton Iriz 1.3(A) Homestay Kesidang Lia Homestay Kesidang Moon Homestay dPuncak Bkt Katil Kereta dan Kesidang Lia Kereta dan Kesidang Moon Kereta dan dPuncak
1 Hari  RM130.00 sehari RM200.00 sehari RM250.00 sehari RM160.00 sehari RM300.00 sehari RM350.00 sehari RM260.00 sehari
1 Minggu RM110.00 sehari RM170.00 sehari RM220.00 sehari RM140.00 sehari RM250.00 sehari RM300.00 sehari RM220.00 sehari
2 Minggu RM90.00 sehari RM140.00 sehari RM190.00 sehari RM110.00 sehari RM200.00 sehari RM250.00 sehari RM170.00 sehari
1 Bulan RM60.00 sehari RM100.00 sehari RM120.00 sehari RM80.00 sehari RM130.00 sehari RM150.00 sehari RM110.00 sehari
Dari segi dimensi, Iriz berukuran 3,905 mm panjang berbanding 3,690 mm Myvi itu; ia juga adalah lebih luas pada 1,720 mm (Myvi: 1,665mm), dan adalah lebih tinggi 5mm berbanding Myvi (1,550 untuk Iriz berbanding 1,545 untuk Myvi). Iriz mempunyai jarak roda yang lebih panjang iaitu 2,555 mm berbanding Myvi di 2,440mm. 1.3 liter Iriz ini diberi pada 70 kW (95 PS) pada 5,750 rpm dan 120 Nm tork pada 4,000 rpm. Jantung kepada Proton Iriz 1.3 , versi enjin suntikan langsung, I4 DOHC 16V dengan jumlah sesaran CC 1332 dengan Kilasan Maksimum(Nm/rpm) 120 / 4,000.

Semua varian Iriz dilengkapkan dengan VDC (Kawalan Kenderaan Dinamik) yang terdiri daripada ESC, TCS, ABS + EBD, BA dan "Hill Assist".Vehicle Kawalan Dinamik adalah satu siri ciri-ciri keselamatan aktif yang secara automatik mengaktifkan untuk mengelakkan kemalangan. Ia memantau semua stereng dan brek tindakan sepanjang perjalanan. Ia mengurangkan kelajuan enjin dan tekanan brek apabila ia mengesan sebarang "oversteer" atau "understeer" bagi memastikan memastikan sentiasa kekal dalam kawalan.


Bahagian-bahagian kritikal struktur badan adalah lima kali lebih kuat daripada keluli tergalvani biasa untuk melindungi semua penumpang. Struktur badan Proton Iriz ini menggunakan Hot Press Forming (HPF), teknologi Jerman yang dimiliki oleh Proton, kerana sehingga kini, terdapat hanya 6 buah negara di dunia yang mempunyai teknologi ini. Sekiranya berlaku kemalangan, Proton IRIZ secara automatik akan membuka kunci semua pintu untuk pintu kecemasan. Kecederaan pukulan cemeti adalah kejadian yang biasa berlaku apabila kereta yang dipukul dari belakang. Oleh itu, sekatan kepala mengurangkan risiko pukulan cemeti dengan menghalang kepala terjungkit ke belakang terlalu banyak lalu mencederakan leher. Semua 5 kerusi datang dengan 3 mata tali pinggang keledar untuk perlindungan yang lebih baik. Di samping itu, penunjuk tuju ISOFIX dimasukkan untuk menjangkakan kemasukan ke dalam pasaran global.

Tempat mengambil / Memulangkan Kenderaan

Lokasi utama: Melaka Sentral, MITC dan Cheng, Melaka

Syarat-Syarat dan Perjanjian Penyewa/Pemimjam Kereta Sewa

Pembayaran
  1. Jumlah kadar sewaan keseluruhan termasuk Deposit Keselamatan perlu dijelaskan sebelum atau ketika mengambil kenderaan melalui bank transfer atau pun Cash On Delivery (COD).
  2. Deposit keselamatan bergantung kepada jenis kenderaan dan tempoh penyewaan. Security Deposit akan dipulangkan apabila kereta sewa dipulangkan dengan baik dan bebas daripada saman trafik.
  3. Sekiranya penyewa ingin menempah kenderaan untuk tarikh tertentu, penyewa perlu membayar deposit tempahan sebanyak RM50 sebagai booking fee atau “tanda jadi”. 
  4. Deposit adalah sebanyak RM100 - (RM50) security deposit
  5. Sekiranya kereta sewa lambat dihantar pulang, setiap jam yang berikutnya bayaran tambahan minimum RM10/jam (bergantung kepada jenis kereta). Sila hubungi kami sebelum tamat tempoh penyewaan dan seawal mungkin sekiranya ingin melanjutkan tempoh sewaan 

Syarat Pemandu
  1. Pemandu mesti mempunyai lesen memandu Malaysia Kelas D yang sah dan masih belum tamat tempoh.
  2. Sihat tubuh badan dan waras.
  3. Hadirkan diri ketika mengambil kereta sewa untuk tandatangan borang perjanjian.
  4. Salinan Kad Pengenalan/MyKad penyewa.
  5. Salinan Lesen Memandu penyewa.
  6. Salinan Kad Pengenalan Rujukan/ Penjamin (contoh: isteri, abang, suami, saudara dll).
  7. Salinan bil utiliti terkini rumah (contoh: bil Astro, bil TNB, bil air dll).
  8. Bisnes kad jika ada.
  9. Kad Pelajar jika seorang pelajar.

Saman
  1. Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap saman yang terhasil sepanjang tempoh penyewaan.
Syarat & Larangan ketika Menyewa Kereta
  1. Dilarang menggunkan kereta ini untuk melakukan aktiviti jenayah atau melanggar undang-undang negara Malaysia. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
  2. Dilarang sama sekali mengubah suai keadaan kenderaan dan mencuri aksesori kereta yang disewa.  Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
  3. Dilarang membawa buah/bahan yang berbau kuat seperti durian dan cempedak. Jika ingkar RM30 akan dipotong daripada Security Deposit untuk proses mencuci dan menghilangkan bau.
  4. Dilarang menyewakan/meminjamkan kereta sewa kepada orang lain (Sublet).
  5. Dilarang memandu kereta sewa keluar daripada Semenanjung Malaysia.
  6. Sekiranya berlaku kerosakan pada kereta disebabkan kecuaian penyewa di dalam tempoh penyewaan, bayaran minimum (RM50) atau maksimum (RM2000) akan dikenakan kepada penyewa dan nilai bergantung kepada jenis dan tahap kerosakan. Sekiranya berlaku kerosakan teknikal seperti bateri habis atau radiator panas, kami akan menggantikan dengan kereta lain jika ada atau memulangkan wang anda kembali.
* Sekiranya anda menempah kereta daripada kami maka kami beranggapan anda sudah memahami dan bersetuju dengan syarat dan terma ini.

Share on Google Plus

About Tuan Homestay

Kami menyediakan perkhidmatan homestay dan kereta sewa di bandar Melaka dan Ayer Keroh. Hubungi kami untuk membuat tempahan atau ingin maklumat lanjut