Kereta Sewa Perodua MyVi Murah dan Mudah di Melaka


Kereta Sewa MyVi Melaka

Kereta Sewa
Kereta Sewa
Sewa Kereta
Sewa Kereta

MAF Rental Service menawarkan perkhidmatan Kereta Sewa Perodua MyVi 1.3 Automatik murah di Melaka, Bandar Hilir dan Ayer Keroh untuk jangka masa singkat mahupun panjang. Kepada mereka yang inginkan perkhidmatan kereta sewa murah kami usah khuatir kerana kereta sewa kami murah, bersih, dan sentiasa dalam keadaan baik. Hubungi kami bila-bila masa, dimana-mana jua di talian 017-3169879 (Fuad) atau 017-9527363 (Muhalith), untuk tempahan atau maklumat lanjut.


Sewa Kereta Sahaja
Tel: 017-9527363 Whatsapp: www.wasap.my/+60173169879/MAFRentalservisMyVi

TEMPOH  JUMLAH SEWA DEPOSIT
1 Hari  RM130.00  RM100.00
3 Hari  RM360.00 RM100.00 
1 Minggu RM770.00  RM200.00
1 Bulan RM2,000.00  RM500.00

Tempat mengambil / Memulangkan Kenderaan

Lokasi utama: Cheng, Melaka Sentral, dan MITC, Melaka

Syarat-Syarat dan Perjanjian Penyewa/Pemimjam Kereta Sewa

Pembayaran
  1. Jumlah kadar sewaan keseluruhan termasuk Deposit Keselamatan perlu dijelaskan sebelum atau ketika mengambil kenderaan melalui bank transfer atau pun Cash On Delivery (COD).
  2. Deposit keselamatan bergantung kepada jenis kenderaan dan tempoh penyewaan. Security Deposit akan dipulangkan apabila kereta sewa dipulangkan dengan baik dan bebas daripada saman trafik.
  3. Sekiranya penyewa ingin menempah kenderaan untuk tarikh tertentu, penyewa perlu membayar deposit tempahan sebanyak RM50 sebagai booking fee atau “tanda jadi”. 
  4. Deposit adalah sebanyak RM100 - (RM50) security deposit
  5. Sekiranya kereta sewa lambat dihantar pulang, setiap jam yang berikutnya bayaran tambahan minimum RM10/jam (bergantung kepada jenis kereta). Sila hubungi kami sebelum tamat tempoh penyewaan dan seawal mungkin sekiranya ingin melanjutkan tempoh sewaan 

Syarat Pemandu
  1. Pemandu mesti mempunyai lesen memandu Malaysia Kelas D yang sah dan masih belum tamat tempoh.
  2. Sihat tubuh badan dan waras.
  3. Hadirkan diri ketika mengambil kereta sewa untuk tandatangan borang perjanjian.
  4. Salinan Kad Pengenalan/MyKad penyewa.
  5. Salinan Lesen Memandu penyewa.
  6. Salinan Kad Pengenalan Rujukan/ Penjamin (contoh: isteri, abang, suami, saudara dll).
  7. Salinan bil utiliti terkini rumah (contoh: bil Astro, bil TNB, bil air dll).
  8. Bisnes kad jika ada.
  9. Kad Pelajar jika seorang pelajar.

Saman
  1. Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap saman yang terhasil sepanjang tempoh penyewaan.
Syarat & Larangan ketika Menyewa Kereta
  1. Dilarang menggunkan kereta ini untuk melakukan aktiviti jenayah atau melanggar undang-undang negara Malaysia. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
  2. Dilarang sama sekali mengubah suai keadaan kenderaan dan mencuri aksesori kereta yang disewa.  Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
  3. Dilarang membawa buah/bahan yang berbau kuat seperti durian dan cempedak. Jika ingkar RM30 akan dipotong daripada Security Deposit untuk proses mencuci dan menghilangkan bau.
  4. Dilarang menyewakan/meminjamkan kereta sewa kepada orang lain (Sublet).
  5. Dilarang memandu kereta sewa keluar daripada Semenanjung Malaysia.
  6. Sekiranya berlaku kerosakan pada kereta disebabkan kecuaian penyewa di dalam tempoh penyewaan, bayaran minimum (RM50) atau maksimum (RM2000) akan dikenakan kepada penyewa dan nilai bergantung kepada jenis dan tahap kerosakan. Sekiranya berlaku kerosakan teknikal seperti bateri habis atau radiator panas, kami akan menggantikan dengan kereta lain jika ada atau memulangkan wang anda kembali.
* Sekiranya anda menempah kereta daripada kami maka kami beranggapan anda sudah memahami dan bersetuju dengan syarat dan terma ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad