1. Setiap tempahan
untuk menginap di Kesidang Lia Homestay di bandar Melaka perlu di bayar deposit sebanyak
RM50.00. Tempahan yang dibuat tanpa deposit
tidak dapat dijamin kekosongan homestay pada tarikh yang dikehendaki.
2. Tetamu dilarang
sama sekali melakukan aktiviti yang ditegah
syarak dan juga undang-undang.
3. Check-in Pukul 2.00
ptg dan check-out jam 12.00 tgh. **
"Kebenaran Check-in awal atau Check-out lewat hanya dibenarkan sekiranya
pada tarikh dan masa tersebut tiada tempahan awal dari penyewa lain untuk
menginap di Kesidang Lia Homestay di bandar Melaka dan bayaran tambahan akan
dikenakan".
4. Hanya makanan yang
HALAL sahaja dibenarkan di bawa atau dimasak di
homestay ini.
5. Binatang Peliharaan adalah dilarang sama sekali di bawa ke dalam
homestay. Kami berhak membatalkan sewaan sekiranya terdapat penyewa yang
membawa binatang peliharaan.
6. Tetamu hendaklah sedia maklum
bahawa Homestay tidak akan bertanggungjawab terhadap semua
tuntutan, guaman, ganti rugi, kos, kerugian dan perbelanjaan yang
berbangkit daripada kecederaan kepada mana-mana pihak atau harta yang terlibat
dengan kecederaan tersebut atau apa-apa sahaja berkenaan premis.
7. Homestay tidak akan
bertanggungjawab terhadap kecurian
atau vandalisme atau kerosakan barang peribadi tetamu atau barang yang
tertinggal di dalam homestay.
8. Tetamu adalah
bertanggungjawab di atas keselamatan perkakas
rumah, kelengkapan, perabot & elektrik. Dilarang mencuri, mengambil &
merosakkan kelengkapan di rumah ini. Setiap kerosakan akan dikenakan surcaj,
kecurian akan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
9. Dasar jiran yang
baik. Tetamu Homestay tidak
dibenarkan membuat bising, berparti, menyanyi, menari atau apa sahaja aktiviti
yang tidak bermoral memandangkan homestay ini terletak dalam kawasan perumahan
dan perlakuan tersebut akan mengganggu jiran.
Komen anda amat dihargai