HOMESTAY
1 Setiap
tempahan untuk menginap di Kesidang Lia Homestay di bandar Melaka perlu
di bayar deposit sebanyak RM50.00. Tempahan yang dibuat tanpa deposit
tidak dapat dijamin kekosongan homestay pada tarikh yang dikehendaki.
2 Tetamu
dilarang sama sekali melakukan aktiviti yang ditegah syarak dan juga
undang-undang.
3 Check-in
Pukul 2.00 ptg dan check-out jam 12.00 tgh. ** "Kebenaran Check-in
awal atau Check-out lewat hanya dibenarkan sekiranya pada tarikh dan masa
tersebut tiada tempahan awal dari penyewa lain untuk menginap di Kesidang Lia
Homestay di bandar Melaka dan bayaran tambahan akan dikenakan".
4 Hanya
makanan yang HALAL sahaja dibenarkan di bawa atau dimasak di homestay ini.
5 Binatang
Peliharaan adalah dilarang sama sekali di bawa ke dalam homestay. Kami
berhak membatalkan sewaan sekiranya terdapat penyewa yang membawa binatang
peliharaan.
6 Tetamu
hendaklah sedia maklum bahawa Kesidang Lia Homestay di bandar Melaka tidak
akan bertanggungjawab terhadap semua tuntutan, guaman, ganti rugi, kos,
kerugian dan perbelanjaan yang berbangkit daripada kecederaan kepada mana-mana
pihak atau harta yang terlibat dengan kecederaan tersebut atau apa-apa sahaja
berkenaan premis.
7 Homestay
tidak akan bertanggungjawab terhadap kecurian atau vandalisme atau
kerosakan barang peribadi tetamu atau barang yang tertinggal di dalam homestay.
8 Tetamu
adalah bertanggungjawab di atas keselamatan perkakas rumah, kelengkapan,
perabot & elektrik. Dilarang mencuri, mengambil & merosakkan
kelengkapan di rumah ini. Setiap kerosakan akan dikenakan surcaj, kecurian akan
dilaporkan kepada pihak berkuasa.
9 Dasar
jiran yang baik. Tetamu Kesidang Lia Homestay di bandar Melaka tidak
dibenarkan membuat bising, berparti, menyanyi, menari atau apa sahaja aktiviti
yang tidak bermoral memandangkan homestay ini terletak dalam kawasan perumahan
dan perlakuan tersebut akan mengganggu jiran.
P / N: Kami berhak menukar Terma & Syarat ini tanpa memberi notis terlebih dahulu
Komen anda amat dihargai